PROGRAM KERJASAMA BESTARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Pada tahun 2004, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu
Program Kerjasama Bestari bersama. Sebagai permulaan, satu bengkel telah diadakan untuk membangunkan subjek perkastaman untuk dilaksanakan oleh
UUM. Hasilnya, pada 16 Jun 2006 satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama oleh kedua - dua pihak. Antara kandungan MoU
tersebut adalah bekerjasama dengan menggabungkan kepakaran untuk menubuhkan dan menjalankan program di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana
Muda dan Ijazah Kedoktoran.
Pada 3 Ogos 2008 Memorandum Perjanjian Usahasama(MoA) telah ditandatangani antara JKDM – UUM untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan KAAK bagi
menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan satu penyampaian satu perkhidmatan dengan mewujudkan Customs Business Highway serta meneruskan
usaha Customs Literate Society. Selaras dengan pertukaran nama baru daripada Kursus Asas Agen Kastam (KAAK) kepada Kursus Ejen Kastam(KEK) modul
KEK ini berkuatkuasa sepenuhnya mulai Januari 2009. Selaras dengan kerjasama bestari ini, pihak AKMAL, UUM dan persatuan ejen telah membangunkan
modul baharu bagi Kursus Ejen Perkapalan (KEP) pada Jun 2010 dan modul tersebut telah ditambah baik pada Mei 2011 dan dijalankan sehingga sekarang.